Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kerana dengan melihat ke bawah lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Monday, 18 November 2013
Saturday, 16 November 2013
Tuesday, 22 October 2013
GURU 2- MASA INI
Hari ini seorang bayi dibuang ……..Hari ini
seorang pelajar dihinakan …..Hari ini seorang ibu diterajang dan disepak…….Hari
ini seorang bapa dibunuh……Esok bakal beribu lagi……Esok bakal dahsyat
lagi…..Esok bakal dinerakakan dunia ini….Jika hari ini tidak terdidik anak
bangsa ini…..
GURU 1- MENJADI GURU
Tidak dinafikan banyak masalah bagi
guru melaksanakan tugas sepenuhnya. Beban dari dalam dan luar begitu mencabar. Tetapi
walau apapun berat yang mereka tanggung mereka kena mengadaptasi dan
mengutamakan apa yang penting. Moga-moga setiap amalan dan kebaikan yang
terkesan pada anak-anak murid mereka menjadi hujah kebaikan dan kelansungan
pahala mereka di hadapan pencipta.
Monday, 21 October 2013
Wednesday, 16 October 2013
PERINGATAN 2- LARANGAN
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kehancuran, dan berbuat baiklah, Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik” (QS. Al Baqarah: 195)
1. MEROKOK
Ibu bapa terutama bapa jika diri sendiri merokok bagaimanalah mahu menyuruh dan menasihati anak-anaknya untuk tidak merokok. Menurut Dr. Zakir Naik yang boleh didengar dan ditonton dalam youtube hampir seluruh ulama yang lebih 900 orang menyatakan merokok itu HARAM. Adakah haramnya seharam memakan babi atau seharam meminum arak?. bila hidup disisi benda haram, memakan dan mengambil benda haram yang tentu akan diguna oleh tubuh badan untuk mengganti sel-sel yang telah lama dan rosak maka yang membentuk hati, tubuh badan dan anggota dalaman terdiri daripada benda yang haram.
2. BUNUH DIRI
Kehidupan penuh dengan ranjau, liku dan kepayahan. Tentunya kehidupan ini memerlukan kesabaran, kecekalan dalam menghadapi segala kepayahan hidup. kepayahan dan kesusahan bagi orang yang beriman sebenar merupakan aspek ujian yang tuhan telah sebut pasti berlaku. Seperti mana dalam surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3.
“Apakah Manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan, dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang berdusta.”
Tetapi ada yang kalah.
Foto Suhsmita yang membunuh diri disebabkan fitnah yang melanda diri dan keluarganya. .
Kisah 1... Pengorbanan Adikku
Aku
dilahirkan di sebuah kawasan pegunungan yang sangat terpencil. Hari demi hari,
orang tuaku membajak tanah kering berwarna kuning. Aku mempunyai seorang adik, tiga tahun lebih muda dariku.
Suatu ketika, untuk membeli sehelai
sapu tangan yang mana semua gadis disekelilingku kelihatan membawanya, Aku
mencuri lima puluh sen dari laci ayahku. Ayah segera menyedarinya. Beliau
membuat adikku dan aku berlutut di depan tembok, dengan sebuah tongkat buluh di
tangannya.”Siapa yang mencuri wang itu?” Beliau bertanya. Aku terpaku, terlalu
takut untuk berbicara. Ayah tidak mendengar sesiapapun mengaku, jadi beliau
mengatakan, “Baiklah, kalau begitu, kamu berdua layak dipukul!” Dia mengangkat
tongkat buluh itu tingi-tinggi. Tiba-tiba, adikku mengangkat tangannya dan
berkata, “Ayah, aku yang melakukannya!”Tongkat panjang itu menghentam punggung adikku bertubi-tubi. Ayah begitu marah sehingga ia terus menerus memukul sehingga beliau penat, Beliau duduk di atas kerusi batu sambil memarahi, “Kamu sudah belajar mencuri dari rumah sekarang, hal memalukan apa lagi yang akan kamu lakukan di masa akan datang? … Kamu layak dipukul sampai mati! Kamu pencuri tidak tahu malu!”
Malam itu, ibu dan aku memeluk adikku dan dia dalam pelukan kami. Tubuhnya penuh dengan luka, tetapi ia tidak menitikkan air mata setitis pun. Di pertengahan malam , aku tiba-tiba mulai menangis meraung-raung. Adikku menutup mulutku dengan tangan kecilnya dan berkata, “Kak, jangan menangis lagi, sekarang. Semuanya sudah terjadi.”
Aku selalu membenci diriku kerana tidak memiliki cukup keberanian untuk mengaku kesalahanku. Bertahun-tahun telah pergi, tapi kejadian tersebut masih seperti baru kelmarin berlaku. Aku tidak pernah lupa perngorbanan adikku ketika dia melindungiku. Waktu itu, adikku berusia 8 tahun. Aku berusia 11.
Ketika
adikku berada pada tahun terakhirnya di sekolah menengah,dia lulus untuk masuk
ke kolej. Pada saat yang sama, aku diterima untuk masuk ke sebuah universiti.
Malam itu, ayah sedang berehat di halaman sambil menghisap rokok tembakaunya, sebungkus
demi sebungkus. aku mendengarnya merungut, “Kedua anak kita berjaya dalam
pelajaran …. baik…hasil yang begitu baik…” Ibu mengusap air matanya yang
mengalir sambil menghela nafas, “Apa gunanya? Bagaimana mungkin kita boleh
membiayai keduanya sekaligus?”
Saat
itu juga, adikku berjalan keluar ke hadapan ayah dan berkata, “Ayah, saya tidak
mau melanjutkan pelajaran lagi, telah cukup membaca banyak buku.” Ayah menghayunkan
tangannya dan memukul adikku pada wajahnya. “Mengapa kau mempunyai jiwa yang
begitu hina dan lemah? Walaupun aku
terpaksa mengemis di jalanan aku akan menyekolahkan kamu berdua sampai
selesai!”
Aku
menjulurkan tanganku selembut yang aku boleh ke muka adikku yang membengkak,
dan berkata, “Seorang anak lelaki harus meneruskan sekolahnya; kalau tidak ia
tidak akan pernah meninggalkan jurang kemiskinan ini.” Aku, sebaliknya, telah
memutuskan untuk tidak lagi meneruskan ke universiti.
Siapa
sangka keesokan harinya, sebelum subuh, adikku meninggalkan rumah dengan
beberapa helai pakaian lusuh dan sedikit roti yang sudah mengering. Dia
menyelinap ke katilku dan meninggalkan secarik kertas di atas bantalku: “Kak,
masuk ke universiti tidaklah mudah. Saya akan pergi mencari kerja dan mengirimmu
wang.”
Aku
memegang kertas tersebut di atas tempat tidurku, dan menangis dengan air mata
bercucuran sampai suaraku hilang. Tahun itu, adikku berusia 17 tahun. Aku 20.
Dengan
wang yang ayahku pinjam dari seluruh dusun, dan wang yang adikku kirimkan hasil
daripada mengangkut semen dengan tulang empat keratnya di tempat pembinaan, aku
akhirnya sampai ke tahun ketiga (di universiti). Suatu hari, aku sedang belajar
di bilikku, ketika teman sebilikku masuk dan memberitahu, “Ada seorang orang kampung
menunggumu di luar sana!”
Mengapa
ada seorang orang kampung mencariku? Aku berjalan keluar, dan melihat adikku
dari jauh, seluruh badannya kotor diliputi debu semen dan pasir. Aku menanyakannya,
“Mengapa kamu tidak cakap pada teman sebilikku kamu adalah adikku?” Dia
menjawab,tersenyum, “Lihat bagaimana penampilanku. Apa yang akan mereka fikir
jika mereka tahu saya adalah adikmu? Apa mereka tidak akan menertawakanmu?”
Aku
merasa sangat tersentuh, dan air mata memenuhi mataku. Aku menyapu debu-debu daripada
badan adikku semuanya, dan tersekat-sekat dalam kata-kataku, “Aku tidak peduli
apa yang orang kata! Kamu adalah adikku apa pun juga! Kamu adalah adikku
bagaimana pun penampilanmu…”
Dari
koceknya, dia mengeluarkan sebuah sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia memakaikannya kepadaku, dan terus menjelaskan,
“Saya melihat semua gadis kota memakainya. Jadi saya fikir kamu juga harus
memiliki satu.” Aku tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Aku menarik
adikku ke dalam pelukanku dan menangis dan menangis. Tahun itu, ia berusia 20.
Aku 23.
Kali
pertama aku membawa temanku ke rumah, kaca jendela yang pecah telah diganti,
dan kelihatan bersih di mana-mana. Setelah teman lelakiku pulang, aku menari
seperti gadis kecil di depan ibuku. “Bu, ibu tidak perlu menghabiskan begitu
banyak waktu untuk membersihkan rumah kita!” Tetapi katanya, sambil tersenyum,
“Itu adalah adikmu yang pulang awal untuk membersihkan rumah ini. Tidakkah kamu
melihat luka pada tangannya? Ia terluka ketika memasang kaca jendela baru itu..”
Aku
masuk ke dalam bilik kecil adikku. Melihat mukanya yang kurus, seratus jarum
terasa menusukku. Aku meletakkan sedikit ubat pada lukanya dan mebalut lukanya.
“Apakah itu sakit?” Aku menanyakannya. “Tidak, tidak sakit. Kamu tahu, ketika saya
bekerja di lokasi pembinaan, batu-batu berjatuhan pada kakiku setiap waktu.
Bahkan itu tidak menghentikanku bekerja dan…” Ditengah kalimat itu ia berhenti.
Aku membalikkan tubuhku memunggunginya, dan air mata mengalir deras turun ke
wajahku. Tahun itu, adikku 23. Aku berusia 26.
Ketika
aku menikah, aku tinggal di kota. Banyak kali suamiku dan aku mengundang orang
tuaku untuk datang dan tinggal bersama kami, tetapi mereka tidak pernah mahu.
Mereka mengatakan, sekali meninggalkan dusun, mereka tidak akan tahu harus mengerjakan
apa. Adikku tidak setuju juga, mengatakan, “Kak, jagalah mertuamu aja. Saya
akan menjaga ibu dan ayah di sini.”
Suamiku
merupakan pengarah di pejabatnya. Kami menginginkan adikku mendapatkan
pekerjaan sebagai pengurus di bahagian pemeliharaan. Tetapi adikku menolak
tawaran pelawaaan tersebut. dia berkeras memulai bekerja sebagai pembaiki
barang.
Suatu
hari, adikku terjatuh dari sebuah tangga untuk memperbaiki sebuah kabel, ketika
itu dia terkena kejutan elektrik, dan dimasukkan ke hospital. Suamiku dan aku
pergi melawatnya. Melihat balutan putih pada kakinya, aku merungut, “Mengapa
kamu menolak menjadi pengurus? pengurus tidak akan pernah melakukan sesuatu
yang berbahaya seperti ini. Lihat kamu sekarang, luka yang begitu serius.
Mengapa kamu tidak mahu mendengar kami sebelumnya?”
Dengan
wajah yang serius, dia membela keputusannya. “fikirkan abang ipar–dia baru saja
jadi pengarah, dan saya ini tidak berpendidikan. Jika saya menjadi pengurus
seperti itu, apa yang bakal orang kata?”
Mata suamiku
dipenuhi air mata, dan kemudian keluar kata-kataku yang sepatah-sepatah:
“Tapi kamu kurang pendidikan juga kerana aku!”
“Tapi kamu kurang pendidikan juga kerana aku!”
“Mengapa
membicarakan masa lalu?”
Adikku menggenggam tanganku. Tahun itu, ia berusia 26 dan aku 29.
Adikku menggenggam tanganku. Tahun itu, ia berusia 26 dan aku 29.
Adikku
kemudian berusia 30 ketika ia menikahi seorang gadis petani dari dusun itu.
Dalam acara pernikahannya, pembawa acara perayaan itu bertanya kepadanya,
“Siapa yang paling kamu hormati dan kasihi?” Tanpa berfikir ia menjawab,
“Kakakku.”
Ia
melanjutkan dengan menceritakan kembali sebuah kisah yang bahkan tidak dapat
kuingat. “Ketika saya pergi sekolah rendah, ia berada pada kampung yang berbeza.
Setiap hari kakakku dan saya berjalan selama dua jam untuk pergi ke sekolah dan
pulang ke rumah. Suatu hari, Saya kehilangan satu daripada sarung tangan.
Kakakku memberikan satu dari kepunyaannya. Ia hanya memakai satu saja dan
berjalan sejauh itu. Ketika kami tiba di rumah, tangannya begitu gemetaran kerana
cuaca yang begitu sejuk sampai ia tidak dapat memegang sudunya. Sejak hari itu,
saya bersumpah, selama saya masih hidup, saya akan menjaga kakakku dan baik
kepadanya.”
Tepuk
tangan membanjiri ruangan itu. Semua tetamu memalingkan perhatiannya kepadaku.
Kata-kata begitu susah kuucapkan keluar bibirku, “Dalam hidupku, orang yang
paling aku berterima kasih adalah adikku.” Dan dalam kesempatan yang paling
berbahagia ini, di depan kerumunan perayaan ini, air mata bercucuran turun dari
wajahku seperti sungai.
Peringatan 1- Laksanakan Dahulu Apa Yang Ingin Dinasihatkan..
Dari Usamah bin Zaid dia berkata " Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda " seseorang didatangkan pada hari kiamat kemudian dilemparkan ke neraka hingga ususnya terburai keluar dan berputar-putar di neraka seperti keldai mengelilingi alat penumbuk gandumnya, kemudia penduduk neraka bertanya " Hai fulan apa yang menimpamu, bukankah dulu kau memerintahkan kebaikan dan mencegah kemungkaran? dia menjawah " benar, dulu saya memerintahkan kebaikan tapi saya tidak melakukannya dan saya melarang kemungkaran tapi saya melakukannya" (Sahih Bukhari)
Ya Allah. Ini baru dunia. Belum lagi di akhirat. Moga-moga kita semua dikalangan yang menasihati diri sendiri dan beramal sehabis baik sebelum menasihati orang lain..
foto from karingeri.com
Ya Allah. Ini baru dunia. Belum lagi di akhirat. Moga-moga kita semua dikalangan yang menasihati diri sendiri dan beramal sehabis baik sebelum menasihati orang lain..
foto from karingeri.com
Subscribe to:
Posts (Atom)