Sunday 31 July 2011

Emosi guru

Masalah. Tuhan cipta dalam pelbagai bentuk. Ada yang dalam bentuk perhubungan, kebendaan, dan penyakit. Kadang-kadang yang menimpa itu cukup berat dan payah untuk pergi. Begitu lama memberat jiwa seseorang itu. Padahal kepayahan itu cuma sekelumit bagi orang lain.
Sebagai guru kepayahan dan kesusahan selalu tertimbul disebabkan pelajar.  Mereka tidak hormat, tidak menyiapkan tugasan, datang lewat, mengganggu rakan, lembab, tidak berminat. Andai disenaraikan bakal hilang seluruh hari. Tapi itulah guru. Kesusahan dan kepayahan mesti ditangani dengan bijaksana bukan emosi. Bila emosi menguasai, terlanjur itu kebiasaan diri. Bila terlanjur itu kebiasaan diri maka pelajar-pelajar bakal dendam dan kesumat. Mereka terbesar dalam amarah.

No comments:

Post a Comment