Wednesday 31 August 2011


KISAH-KISAH MOTIVASI CEMERLANG

Cerita Kedua

Jerry is the manager of a restaurant. He is always in a good mood.

When someone would ask him how he was doing, he would always reply:
“If I were any better, I would be twins!”
Many of the waiters at his restaurant quit their jobs when he changed jobs, so they could follow him
around from restaurant to restaurant
Why?
If an employee was having a bad day, Jerry was always there, telling him how to look on the positive side of the situation.
Because Jerry was a natural motivator.
Seeing this style really made me curious, so one day I went up to Jerry and asked him:
“I don’t get it! No one can be a positive person all of the time. How do you do it?”
Jerry replied, “Each morning I wake up and say to myself, I have two choices today. I can choose to be in a good mood or I can choose to be in a bad mood.
I always choose to be in a good mood. Each time something bad happens, I can choose to be victim or I can choose to learn from it. I always choose to learn from it.
Every time someone comes to me complaining, I can choose to accept their complaining or I can point out the positive side of life. I always choose the positive side of life.”
“But it’s not always that easy,” I protested.
“Yes it is,” Jerry said.
“Life is all about choices. When you cut away all the junk every situation is a choice.
You choose how you react to situations.
You choose how people will affect your mood.
You choose to be in a good mood or bad mood.
It’s your choice how you live your life.”
Several years later,
I heard that Jerry accidentally did something you are never supposed to do in the restaurant business.
He left the back door of his restaurant open
And then in the morning, he was robbed by three armed men.
While Jerry trying to open the safe box, his hand, shaking from nervousness, slipped off the combination.
The robbers panicked and shot him.
Luckily, Jerry was found quickly and rushed to the hospital.
After 18 hours of surgery and weeks of intensive care, Jerry was released from the hospital with fragments of the bullets still in his body.…
I saw Jerry about six months after the accident.
When I asked him how he was, he replied, “If I were any better, I’d be twins.Want to see my scars?”
I declined to see his wounds, but did ask him what had gone through his mind as the robbery took place.
“The first thing that went through my mind was that I should have locked the back door,” Jerry replied.
“Then, after they shot me, as I lay on the floor, I remembered that I had two choices: I could choose to live or could choose to die. I chose to live.”
Jerry continued, “The paramedics were great. They kept telling me I was going to be fine.
But when they wheeled me into the Emergency Room and I saw the expression on the faces of the doctors and nurses, I got really scared.
In their eyes, I read
„He’s a dead man..
I knew I needed to take action.”
“What did you do?” I asked.
“Well, there was a big nurse shouting questions at me,” said Jerry. “She asked if I was allergic to anything.”
‘Yes,’ to bullets, I replied.
Over their laughter, I told them: “I am choosing to live. Please operate on me as if I am alive, not dead.”
“Jerry lived thanks to the skill of his doctors, but also because of his amazing attitude.
I learned from him that every day you have the choice to either enjoy your life or to hate it.
The only thing that is truly yours -that no one can control or take from you –is your attitude, so if you can take care of that, everything else in life becomes much easier.
Now you have two choices to make:
1. You can delete this message or
2. You can forward it to someone you care about.
I hope you will choose #2.
I did.

copy from:

RUTIN HARIAN


6.30 pagi-             Bersiap-siap dan solat subuh untuk ke pejabat di Kota Damansara. Selalu akan mengharap hari itu tidak hujan. Biarlah panas memecah kepala sekalipun asalkan tidak hujan.
7.00 pagi-             Bertolak dari rumah(Kelana Jaya) ke Kota Damansara yang mengambil masa 30 minit menaiki motosikal.
7.30 pagi-             Tiba di pejabat dan punch card.
7.45 pagi -            Sarapan pagi.
8.00 pagi-             Bertolak ke UKM. Mengambil masa 1jam 30 minit menaiki motosikal. Kalau hari hujan akan mengambil lebih masa. Sambil mengesat mata yang pedih yang dimasuki habuk dan angin yang kuat.
9.30 pagi-             Sampai di UKM. Terus ke makmal.  Buat eksperiment. Ambil masa lebih kurang 5 jam menunggu hasil. Sambil menunggu. Nota, kertas kerja research dan journal dibaca dan disemak perlahan-lahan sambil tengok facebook.  Paling menyedihkan kalau eksperiment hari itu gagal. Tak dapat  band.  Penat 3 jam perjalanan ke UKM.
3.30 petang-       Bertolak semula ke pejabat di Kota Damansara.
4.30 petang-       Tiba dan rehat di pejabat sambil sediakan nota untuk tuisyen pada waktu malam.
6.15 petang-       Terus ke Shah Alam. Mengambil masa 45 minit.
7.00 petang-       Singgah sebentar untuk makan dan terus ke surau atau masjid untuk menunaikan solat Maghrib.
8.00 malam-       Mengajar tuisyen. Seronok tengok muka-muka jernih pelajar-pelajar yang tidak perlu risaukan apa-apa. Tenang dan gembira hidup mereka. Moga mereka dapat jadi manusia-manusia yang baik dan hebat. Hahahaha.
10.00 malam-     Bertolak pulang ke rumah di Kelana Jaya.
11.00 malam-     Tiba di rumah dan terus solat Isyak dan tidur.
11.30 malam-     Dalam menunggu mata terlelap sendiri sambil mengharap esok bakal dikuatkan lagi semangat untuk perjalanan yang panjang lagi. Tersenyum sendiri dan terus tidur……..

Tuesday 30 August 2011

PRINSIP ASAS KEHIDUPAN

Nak berkongsi sedikit prinsip hidup yang saya amalkan dan cuba untuk terapkan dalam kehidupan seharian. Mungkin orang lain berbeza prinsip hidupnya tetapi ini merupakan prinsip asas seorang manusia yang biasa seperti saya. Kita perlu prinsip hidup agar hidup ini ada bercara dan bertujuan.

1.MASA

Kita sebagai manusia biasa tidak pernah tahu tentang apa yang akan berlaku pada masa depan. Masa yang lepas pula tiada sesiapa boleh mengubahnya. Masa lepas tinggal sejarah, masa depan suatu yang misteri, dan masa sekarang ialah anugerah. Pepatah ini begitu bermakna bagi yang mahu memanfaatkan masa sepenuhnya. Perkara cukup ringkas dan mudah. Manfaatkan waktu sekarang yang ada. Jika kita hendak berbuat baik, sekarang buat baik contohnya terus menderma, berzikir, atau telefon orang kita rasa pernah sakiti dan memohon maaf. Buatkan sekarang. Usah dilengah-lengah. Lengah-lengah membolehkan kegagalan memenuhi ruang waktu yang ada. Disebabkan berlengah kita hilang pelbagai jenis masa. Masa ibadat, masa  belajar, masa seronok dan pelbagai lagi. BUATKAN SEKARANG. Ingatan untuk diri sendiri.

2 . Elakkan DENGKI dan KHIANAT

Kehidupan bakal memaparkan pelbagai sisi kehidupan kejayaan pelbagai pihak. Dari sisi itu juga kita akan merasa diri kita memencil pada ruang yang sempit. Merasa ada orang yang lebih hebat, lebih peramah, lebih bijak, lebih kaya, lebih banyak peluang, sedang diri sendiri terpinggir dari segi yang pelbagai. Ini bakal menimbulkan rasa cemburu yang jika tidak dirawati bakal membarah menjadi dengki dan khianat. Dengki dan khianat ini selalunya bakal disusuli dengan perbuatan-perbuatan yang jahat bagi menjatuhkan pihak yang didengki. Bayangkan betapa ruginya masa, ruang, pemikiran, kreativiti, wang untuk memenuhi kehendak nafsu. Dalam hidup ini bakal sentiasa ada orang yang lebih dari diri sendiri, takkanlah sepanjang 60 tahun hidup kita mahu membiarkan 55 tahun dari nyawa itu terbazir dan berdosa. Ruginya.

2.Bersikap POSITIF

Kegagalan adalah suatu perkara yang biasa bagi orang yang mendambakan kejayaan dan mengusahakannya.  Terdapat bermacam pepatah yang menyebut tentang kegagalan dan motivasi diri. Antaranya:
-bukan kerana kerasnya pukulan ke 100 yang memecahkan batu, tapi kerana ke 99 pukulan sebelumnya(unknown)
-Pemenang bukannya tak pernah gagal, tetapi tidak pernah menyerah(unknown)
-Dalam hidup perlu kegagalan, tanpa gagal kita tidak akan pernah merasakan kejayaan(Gi@nT).
-Sakit dalam perjuangan itu hanya sementara. Bisa jadi dalam seminit, sejam, sehari, atau setahun. Namun jika menyerah, rasa sakit itu akan terasa selamanya.(Lance Armstrong,)
- Hidup itu sangat menarik. Kerana pada akhirnya, kepedihan-kepedihan terdalam anda akan berujung menjadi kekuatan terbesar anda.(Drew Barrymore)
Bersebab itulah bersikap positif terhadap kegagalan suatu perkara yang mesti.

3.SABAR

Hidup merupakan perjalanan yang penuh misteri. Misteri itu selalunya akan diselangseli dengan emosi yang pelbagai. Adakala sedih, gembira, teruja, tersisih, bangga, kecewa. Itulah warna-warna kehidupan yang memenarikkan lagi kehidupan. Tetapi bila dirundung malang tentunya kesedihan itu emosi yang terbit. Sedih, kecewa, rendah diri, terhina disebabkan rasa diri yang dicalar oleh waktu, duit, kebongkakan dunia, kekejaman manusia menindas. Maka sabar ialah solusi yang paling ringkas. Sabar dengan waktu, manusia, dunia. Biarlah mereka menghimpit, mencengkam,menghiris asal kita dapat bersabar dan teguh dengan pedoman agama. Maka sabar itu mesti. Berbekalkan kesabaran itu kita mesti tenang menghadapi dugaan.

4. MELAMPAU

Kadang-kadang kebaikan, kemuliaan bukanlah entiti sebenar atau amalan harian. Disebabkan itu saya sendiri ada tabiat yang diamalkan seharian yang kurang elok atau baik dari segi agama atau adat bangsa Melayu. Bukan perkara yang mudah untuk menyingkirkan dan membuang tabiat itu. Tetapi saya selalu beritahu diri, keburukan yang diamalkan dengan melampau bakal memusnahkan diri sendiri. Seperti api dalam sekam. Sebagai contoh mungkin ada perasaan jengkel atau sangka buruk dengan orang, saya selalu beritahu jangan dilampaukan perasaan itu. Satu lagi contoh, pembaziran duit untuk benda yang tidak perlu, jangan dilampaukan juga. Asalkan saya tidak melebihi aras yang boleh menyakitkan diri sendiri dan orang lain. Menjadi terlalu sempurna bukan perkara yang mudah. Bagi sesetengah orang mudah disebut tetapi realitinya tulang yang susah payah membanting.

KISAH-KISAH MOTIVASI CEMERLANG


CERITA 1


Aku dilahirkan di sebuah kawasan pegunungan yang sangat terpencil. Hari demi hari, orang tuaku membajak tanah kering berwarna kuning, dan punggung mereka menghadap ke langit. Aku mempunyai seorang adik, tiga tahun lebih muda dariku.
Suatu ketika, untuk membeli sehelai sapu tangan yang mana semua gadis disekelilingku kelihatan membawanya, Aku mencuri lima puluh sen dari laci ayahku. Ayah segera menyedarinya. Beliau membuat adikku dan aku berlutut di depan tembok, dengan sebuah tongkat buluh di tangannya.”Siapa yang mencuri wang itu?” Beliau bertanya. Aku terpaku, terlalu takut untuk berbicara. Ayah tidak mendengar sesiapapun mengaku, jadi beliau mengatakan, “Baiklah, kalau begitu, kamu berdua layak dipukul!” Dia mengangkat tongkat buluh itu tingi-tinggi. Tiba-tiba, adikku mengangkat tangannya dan berkata, “Ayah, aku yang melakukannya!”
Tongkat panjang itu menghentam punggung adikku bertubi-tubi. Ayah begitu marah sehingga ia terus menerus memukul sehingga beliau penat, Beliau duduk di atas kerusi batu sambil memarahi, “Kamu sudah belajar mencuri dari rumah sekarang, hal memalukan apa lagi yang akan kamu lakukan di masa akan datang? … Kamu layak dipukul sampai mati! Kamu pencuri tidak tahu malu!”

Malam itu, ibu dan aku memeluk adikku dan dia dalam pelukan kami. Tubuhnya penuh dengan luka, tetapi ia tidak menitikkan air mata setitis pun. Di pertengahan malam , aku tiba-tiba mulai menangis meraung-raung. Adikku menutup mulutku dengan tangan kecilnya dan berkata, “Kak, jangan menangis lagi, sekarang. Semuanya sudah terjadi.”
Aku selalu membenci diriku kerana tidak memiliki cukup keberanian untuk mengaku kesalahanku. Bertahun-tahun telah pergi, tapi kejadian tersebut masih seperti baru kelmarin berlaku. Aku tidak pernah lupa perngorbanan  adikku ketika dia melindungiku. Waktu itu, adikku berusia 8 tahun. Aku berusia 11.
Ketika adikku berada pada tahun terakhirnya di sekolah menengah,dia lulus untuk masuk ke kolej. Pada saat yang sama, aku diterima untuk masuk ke sebuah universiti. Malam itu, ayah sedang berehat di halaman sambil menghisap rokok tembakaunya, sebungkus demi sebungkus. aku mendengarnya merungut, “Kedua anak kita berjaya dalam pelajaran …. baik…hasil yang begitu baik…” Ibu mengusap air matanya yang mengalir sambil menghela nafas, “Apa gunanya? Bagaimana mungkin kita boleh membiayai keduanya sekaligus?”
Saat itu juga, adikku berjalan keluar ke hadapan ayah dan berkata, “Ayah, saya tidak mau melanjutkan pelajaran lagi, telah cukup membaca banyak buku.” Ayah menghayunkan tangannya dan memukul adikku pada wajahnya. “Mengapa kau mempunyai jiwa yang begitu hina dan  lemah? Walaupun aku terpaksa mengemis di jalanan aku akan menyekolahkan kamu berdua sampai selesai!”
Aku menjulurkan tanganku selembut yang aku boleh ke muka adikku yang membengkak, dan berkata, “Seorang anak lelaki harus meneruskan sekolahnya; kalau tidak ia tidak akan pernah meninggalkan jurang kemiskinan ini.” Aku, sebaliknya, telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan ke universiti.
Siapa sangka keesokan harinya, sebelum subuh, adikku meninggalkan rumah dengan beberapa helai pakaian lusuh dan sedikit roti yang sudah mengering. Dia menyelinap ke katilku dan meninggalkan secarik kertas di atas bantalku: “Kak, masuk ke universiti tidaklah mudah. Saya akan pergi mencari kerja dan mengirimmu wang.”
Aku memegang kertas tersebut di atas tempat tidurku, dan menangis dengan air mata bercucuran sampai suaraku hilang. Tahun itu, adikku berusia 17 tahun. Aku 20.
Dengan wang yang ayahku pinjam dari seluruh dusun, dan wang yang adikku kirimkan hasil daripada mengangkut semen dengan tulang empat keratnya di tempat pembinaan, aku akhirnya sampai ke tahun ketiga (di universiti). Suatu hari, aku sedang belajar di bilikku, ketika teman sebilikku masuk dan memberitahu, “Ada seorang orang kampung menunggumu di luar sana!”
Mengapa ada seorang orang kampung mencariku? Aku berjalan keluar, dan melihat adikku dari jauh, seluruh badannya kotor diliputi debu semen dan pasir. Aku menanyakannya, “Mengapa kamu tidak cakap pada teman sebilikku kamu adalah adikku?” Dia menjawab,tersenyum, “Lihat bagaimana penampilanku. Apa yang akan mereka fikir jika mereka tahu saya adalah adikmu? Apa mereka tidak akan menertawakanmu?”
Aku merasa sangat tersentuh, dan air mata memenuhi mataku. Aku menyapu debu-debu daripada badan adikku semuanya, dan tersekat-sekat dalam kata-kataku, “Aku tidak peduli apa yang orang kata! Kamu adalah adikku apa pun juga! Kamu adalah adikku bagaimana pun penampilanmu…”
Dari koceknya, dia mengeluarkan sebuah sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia  memakaikannya kepadaku, dan terus menjelaskan, “Saya melihat semua gadis kota memakainya. Jadi saya fikir kamu juga harus memiliki satu.” Aku tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Aku menarik adikku ke dalam pelukanku dan menangis dan menangis. Tahun itu, ia berusia 20. Aku 23.
Kali pertama aku membawa temanku ke rumah, kaca jendela yang pecah telah diganti, dan kelihatan bersih di mana-mana. Setelah teman lelakiku pulang, aku menari seperti gadis kecil di depan ibuku. “Bu, ibu tidak perlu menghabiskan begitu banyak waktu untuk membersihkan rumah kita!” Tetapi katanya, sambil tersenyum, “Itu adalah adikmu yang pulang awal untuk membersihkan rumah ini. Tidakkah kamu melihat luka pada tangannya? Ia terluka ketika memasang kaca jendela baru itu..”
Aku masuk ke dalam bilik kecil adikku. Melihat mukanya yang kurus, seratus jarum terasa menusukku. Aku meletakkan sedikit ubat pada lukanya dan mebalut lukanya. “Apakah itu sakit?” Aku menanyakannya. “Tidak, tidak sakit. Kamu tahu, ketika saya bekerja di lokasi pembinaan, batu-batu berjatuhan pada kakiku setiap waktu. Bahkan itu tidak menghentikanku bekerja dan…” Ditengah kalimat itu ia berhenti. Aku membalikkan tubuhku memunggunginya, dan air mata mengalir deras turun ke wajahku. Tahun itu, adikku 23. Aku berusia 26.
Ketika aku menikah, aku tinggal di kota. Banyak kali suamiku dan aku mengundang orang tuaku untuk datang dan tinggal bersama kami, tetapi mereka tidak pernah mahu. Mereka mengatakan, sekali meninggalkan dusun, mereka tidak akan tahu harus mengerjakan apa. Adikku tidak setuju juga, mengatakan, “Kak, jagalah mertuamu aja. Saya akan menjaga ibu dan ayah di sini.”
Suamiku merupakan pengarah di pejabatnya. Kami menginginkan adikku mendapatkan pekerjaan sebagai pengurus di bahagian pemeliharaan. Tetapi adikku menolak tawaran pelawaaan tersebut. dia berkeras memulai bekerja sebagai pembaiki barang.
Suatu hari, adikku terjatuh dari sebuah tangga untuk memperbaiki sebuah kabel, ketika itu dia terkena kejutan elektrik, dan dimasukkan ke hospital. Suamiku dan aku pergi melawatnya. Melihat balutan putih pada kakinya, aku merungut, “Mengapa kamu menolak menjadi pengurus? pengurus tidak akan pernah melakukan sesuatu yang berbahaya seperti ini. Lihat kamu sekarang, luka yang begitu serius. Mengapa kamu tidak mahu mendengar kami sebelumnya?”
Dengan wajah yang serius, dia membela keputusannya. “fikirkan abang ipar–dia baru saja jadi pengarah, dan saya ini tidak berpendidikan. Jika saya menjadi pengurus seperti itu, apa yang bakal orang kata?”
Mata suamiku dipenuhi air mata, dan kemudian keluar kata-kataku yang sepatah-sepatah:
“Tapi kamu kurang pendidikan juga kerana aku!”
“Mengapa membicarakan masa lalu?”
Adikku menggenggam tanganku. Tahun itu, ia berusia 26 dan aku 29.
Adikku kemudian berusia 30 ketika ia menikahi seorang gadis petani dari dusun itu. Dalam acara pernikahannya, pembawa acara perayaan itu bertanya kepadanya, “Siapa yang paling kamu hormati dan kasihi?” Tanpa berfikir ia menjawab, “Kakakku.”
Ia melanjutkan dengan menceritakan kembali sebuah kisah yang bahkan tidak dapat kuingat. “Ketika saya pergi sekolah rendah, ia berada pada kampung yang berbeza. Setiap hari kakakku dan saya berjalan selama dua jam untuk pergi ke sekolah dan pulang ke rumah. Suatu hari, Saya kehilangan satu daripada sarung tangan. Kakakku memberikan satu dari kepunyaannya. Ia hanya memakai satu saja dan berjalan sejauh itu. Ketika kami tiba di rumah, tangannya begitu gemetaran kerana cuaca yang begitu sejuk sampai ia tidak dapat memegang sudunya. Sejak hari itu, saya bersumpah, selama saya masih hidup, saya akan menjaga kakakku dan baik kepadanya.”
Tepuk tangan membanjiri ruangan itu. Semua tetamu memalingkan perhatiannya kepadaku. Kata-kata begitu susah kuucapkan keluar bibirku, “Dalam hidupku, orang yang paling aku berterima kasih adalah adikku.” Dan dalam kesempatan yang paling berbahagia ini, di depan kerumunan perayaan ini, air mata bercucuran turun dari wajahku seperti sungai.

Tuesday 23 August 2011

Penanda Wacana

Penanda wacana begitu penting dalam sebuah karangan bagi memperlihatkan kelansungan antara satu isi penting dengan isi penting yang lain. Berikut merupakan penanda wacana yang selalu saya gunakan bersama pelajar-pelajar.

Friday 19 August 2011

zalim....

Orang-orang yang zalim itu akan mengetahui di mana tempat mereka akan jatuh…..
Surah as- syu’ara

CIKGU.....

Tanya cikgu kehadiran anak muridnya :]

RINDU ? hadir cikgu .
BENCI ? saya .
KASIH ? tak hadir .
SAYANG ? sakit , cikgu .
CINTA ? CINTA kemana ? tanya CIKGU .
RINDU & BENCI menjawab : CINTA pulang cikgu .
Kenapa ? tanya CIKGU .
serentak RINDU & BENCI menjawab : KERANA CINTA TAK KAN PERNAH HADIR TANPA KASIH & SAYANG ♥.♥



kredit to eja.....

Tuesday 16 August 2011

My Student Picture


Pelajar SPM di Sri Muda. Mengajar mereka ni Bahasa Kebangsaan. Kenangan manis bersama mereka pasti tidak dapat dilupakan.


Pelajar tingkatan 4 di ASIS. Mereka ni walau hidup penuh konkongan tapi masih ceria setiap waktu.


Pelajar ASIS yang kelas satu lagi.


Pelajar Sri Muda tingkatan 2. Mengajar Bahasa Kebangsaan.

KEMALANGAN

Kemalangan di Federal Highway ke Shah Alam. Inilah yang bahayanya menunggang motosikal. Moga yang cedera tu cepat sembuh dan tidak ada implikasi yang teruk.




HAAA... Foto dah lihat. Bolehlah bina limat ayat berdasarkan gambar di atas. Usah lengah-lengah lagi...

Lawatan Ke Kuala Gandah

Selepas lawatan ke Muzium Anatomi , IMR, Istana Negara, dan Muzium Negara pelajar-pelajar ini dibawa pula ke Pahang untuk belajar lebih lanjut tentang kepelbagaian hidupan yang lebih kepada kehidupan gajah di Malaysia. Kami telah melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary.

Kemudian kami singgah di Deerland yang hanya limat minit jauh dari Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Tempat yang menarik untuk dilawati kerana terdapat pelbagai jenis hidupan yang boleh dilihat dan dipegang.

Selepas itu, kami ke air terjun Chamang untuk bermandi-manda. Saya selaku ketua lawatan berasa sangat risau akan keselamatan semua pleajar. Alhamdulillah semua selamat walaupun ada yang yaris lemas.
 Harapan sangatla besar agar mereka belajar sesuatu daripada lawatan ini dan bukan hanya keseronokkan sahaja.

Monday 15 August 2011

KEPADA MEREKA

Kepada mereka ,
Mereka pelajar yang telah di “bar” daripada menduduki peperiksaan akhir untuk subjek yang saya ajar iaitu subjek anatomy dan physiology. Bukan tujuan hendak merendahkan, menjatuhkan nilai dan sikap mereka sekadar mahu berkongsi.
Nasihat telah diberikan berulang kali.
                “kamu datang, jangan ponteng. Kalau asyik tak da dalam kelas macam mana nak belajar. Saya tak boleh nak call setiap pagi. Pergi naik rumah, kejut.”
Tetapi hasilnya hanya berbuih mulut saya sahaja yang bercakap. Tetapi tak apalah saya cuba lagi nasihat.
                “ kalau kamu masih dalam keadaan yang sama saya akan call parent kamu”
Hasilnya masih serupa. Kesusahan untuk bangun sendiri pada waktu pagi menyebabkan kelas saya sikit bertambah sikit. Mereka ini macam daun keladi yang dicurah air. Saya pun menunaikan janji saya. Seorang demi seorang penjaga mereka saya hubungi. Keprihatinan mereka terhadap anak masing-masing memang diakui. Janji untuk menasihati anak masing-masing berlegar di telinga saya. Saya pegang janji itu.
Hasilnya memang memberangsangkan. Mereka hadir. Tetapi semua itu hanya sementara. Ada seorang dua yang kelihatan kembali pada asal. Maka nasihat ini dilontarkan lagi.
“ Jam kehadiran kamu dah berada tahap kritikal ni. Kalau ikut hati saya dah dapat surat merah ni. Ini nasihat saya yang terakhir. Tolonglah jangan ponteng untuk kelas yang seterusnya. Sekali sahaja dah cukup untuk kamu kena bar.”
Nampak kata-kata itu umpama sampah yang dilontar jauh-jauh dari hidup seorang daripada mereka.
“ kamu kenapa tak datang” senyap sahaja tanpa menjawab soalan saya.
“ kamu tulisla surat beritahu kenapa tak datang, faham ke tak…. Saya nak esok”
“faham” ringkas dia menjawab.
Esoknya, lusanya dan hari yang seterusnya, tiada khabar tentang surat yang diminta. Maka inilah nasihat saya yang terakhir.
“ Saya dah cuba yang terdaya untuk tolong kamu. Nampak kamu memilih jalan yang susah untuk meneruskan kehidupan. Kamu ni umpama ada tangga kamu nak panjat dinding. Tak payahla tulis surat tu. Saya dah tak nak.” Saya terus tersenyum.
Saya harap dengan surat merah ini kamu sedar yang segala tindak-tanduk dan sikap akan ada kesannya. Kalau baik, baiklah hasil, kalau tidak, saya harap kamu sedar. Tiada niat dalam hati saya nak menyusahkan mereka.
Hari terakhir di dalam kelas Anatomy and Physiology. Pesanan saya cukup ringkas.
"Dalam hati saya tidak pernah ada rasa hendak menyakitkan atau menyusah kamu. Saya seikhlas memberi apa yang saya ada. Dan andai kata sesuatu yang saya ucapkan atau lakukan kepada kamu. Harap dimaafkan. Saya sentiasa mendoakan kamu mendapat yang terbaik dalam hidup kamu. Jadi manusia yang baik agar dapat melahirkan generasi yang baik"
Kelas hari yang hadir hanya enam orang. Moga mereka berjaya....

Sunday 14 August 2011

PENDIDIKAN


 Pendidikan bukan seminit usaha…….. 
pendidikan bukan sebuih nasihat…..
pendidikan bukan sebuah buku teks…….
pendidikan bukan hanya sejam pelajaran….
pendidikan bukan seayat doa…..
pendidikan bukan seharian keluhan…… 
pendidikan ialah perngorbanan sepangjang hayat…..
terima kasih cikgu…

Sabarla Bebal



Diam terlopong-lopong
Mata membulat kosong
Termanggu-manggu angguk-angguk palsu
Tersengih-sengih malu

Disindir buat-buat tak dengar
Ditengking diam seribu kata
Mengangguk-angguk tanda bersalah
“Dia tak tahu” senyum si bebal

Diterang tak faham
Nak ditanya takut dihina
Bila buat semua selerak
Hasilnya kerlingan tajam menusuk kalbu

Sabarla si bebal
Asa jangan putus
Teruslah senyum
Moga usaha memandaikan kau

Tuhan tolong ajari si bebal itu
Tentang sabar dan rajin

Creativity in Teaching

Teaching really required creative teacher. Teacher need to be creative in ways to handle student, make them understand better the learning and also will encourage them in learning process. If the teacher just use chalk and talk, this will lead to boring, dull and sleepy class. A lot of ways and techniques I have been used to increase the learning process by using variety of pedagogy technique that required me to be creative. It basically involves hearing, writing, drawing, explaining, exercising and practicing. Here are some of the ways that I want to share.

Principle in teaching:
       1. Mastering the knowledge- teacher must be able to understand widely about the topic and have ability to manipulate it.
       2. Organize the knowledge- teacher must see and been able to arrange the knowledge according to level of complexity.
      3. Make it interest note- try to use a lot of example, picture, video and real situation in note.
 4. Involving the student- teacher need to involve the student in learning for example ask them to write, draw, or explaining to the friends.
 5. Practicing- try to find any related experiment that seem to be fun and easy to be handle in class that related to the teaching.
.       6. Exercising- keep repeat the part that seem to be important.
  7. Field work- try to ask them to do field work based on the topic.

To apply the entire principle teacher will need a lot of time. They need to make a lot of revision, to prepare the material, to try it first and then to control the class not to be chaos. Failure will be the closest friend if it not been prepared and handled well. However it worth trying because from time to time teacher will increased their understanding and method of teaching based on their experience. 

Wednesday 10 August 2011

SETAN



Setan gongdol
Ketawa terbahak-bahak
Termuntah-muntah
Lediran busuk, hanyir

“Lihat anak itu”

Ketawa setan itu semakin kuat
Singgahsananya bakal tersergam
Bersama taman kukuh terbina

Dengki ditanam
Cemburu dibajai
Bongkak dituai

Setan itu terus terbahak
Bakal bercucucicit aku disini