Tuesday 30 August 2011

PRINSIP ASAS KEHIDUPAN

Nak berkongsi sedikit prinsip hidup yang saya amalkan dan cuba untuk terapkan dalam kehidupan seharian. Mungkin orang lain berbeza prinsip hidupnya tetapi ini merupakan prinsip asas seorang manusia yang biasa seperti saya. Kita perlu prinsip hidup agar hidup ini ada bercara dan bertujuan.

1.MASA

Kita sebagai manusia biasa tidak pernah tahu tentang apa yang akan berlaku pada masa depan. Masa yang lepas pula tiada sesiapa boleh mengubahnya. Masa lepas tinggal sejarah, masa depan suatu yang misteri, dan masa sekarang ialah anugerah. Pepatah ini begitu bermakna bagi yang mahu memanfaatkan masa sepenuhnya. Perkara cukup ringkas dan mudah. Manfaatkan waktu sekarang yang ada. Jika kita hendak berbuat baik, sekarang buat baik contohnya terus menderma, berzikir, atau telefon orang kita rasa pernah sakiti dan memohon maaf. Buatkan sekarang. Usah dilengah-lengah. Lengah-lengah membolehkan kegagalan memenuhi ruang waktu yang ada. Disebabkan berlengah kita hilang pelbagai jenis masa. Masa ibadat, masa  belajar, masa seronok dan pelbagai lagi. BUATKAN SEKARANG. Ingatan untuk diri sendiri.

2 . Elakkan DENGKI dan KHIANAT

Kehidupan bakal memaparkan pelbagai sisi kehidupan kejayaan pelbagai pihak. Dari sisi itu juga kita akan merasa diri kita memencil pada ruang yang sempit. Merasa ada orang yang lebih hebat, lebih peramah, lebih bijak, lebih kaya, lebih banyak peluang, sedang diri sendiri terpinggir dari segi yang pelbagai. Ini bakal menimbulkan rasa cemburu yang jika tidak dirawati bakal membarah menjadi dengki dan khianat. Dengki dan khianat ini selalunya bakal disusuli dengan perbuatan-perbuatan yang jahat bagi menjatuhkan pihak yang didengki. Bayangkan betapa ruginya masa, ruang, pemikiran, kreativiti, wang untuk memenuhi kehendak nafsu. Dalam hidup ini bakal sentiasa ada orang yang lebih dari diri sendiri, takkanlah sepanjang 60 tahun hidup kita mahu membiarkan 55 tahun dari nyawa itu terbazir dan berdosa. Ruginya.

2.Bersikap POSITIF

Kegagalan adalah suatu perkara yang biasa bagi orang yang mendambakan kejayaan dan mengusahakannya.  Terdapat bermacam pepatah yang menyebut tentang kegagalan dan motivasi diri. Antaranya:
-bukan kerana kerasnya pukulan ke 100 yang memecahkan batu, tapi kerana ke 99 pukulan sebelumnya(unknown)
-Pemenang bukannya tak pernah gagal, tetapi tidak pernah menyerah(unknown)
-Dalam hidup perlu kegagalan, tanpa gagal kita tidak akan pernah merasakan kejayaan(Gi@nT).
-Sakit dalam perjuangan itu hanya sementara. Bisa jadi dalam seminit, sejam, sehari, atau setahun. Namun jika menyerah, rasa sakit itu akan terasa selamanya.(Lance Armstrong,)
- Hidup itu sangat menarik. Kerana pada akhirnya, kepedihan-kepedihan terdalam anda akan berujung menjadi kekuatan terbesar anda.(Drew Barrymore)
Bersebab itulah bersikap positif terhadap kegagalan suatu perkara yang mesti.

3.SABAR

Hidup merupakan perjalanan yang penuh misteri. Misteri itu selalunya akan diselangseli dengan emosi yang pelbagai. Adakala sedih, gembira, teruja, tersisih, bangga, kecewa. Itulah warna-warna kehidupan yang memenarikkan lagi kehidupan. Tetapi bila dirundung malang tentunya kesedihan itu emosi yang terbit. Sedih, kecewa, rendah diri, terhina disebabkan rasa diri yang dicalar oleh waktu, duit, kebongkakan dunia, kekejaman manusia menindas. Maka sabar ialah solusi yang paling ringkas. Sabar dengan waktu, manusia, dunia. Biarlah mereka menghimpit, mencengkam,menghiris asal kita dapat bersabar dan teguh dengan pedoman agama. Maka sabar itu mesti. Berbekalkan kesabaran itu kita mesti tenang menghadapi dugaan.

4. MELAMPAU

Kadang-kadang kebaikan, kemuliaan bukanlah entiti sebenar atau amalan harian. Disebabkan itu saya sendiri ada tabiat yang diamalkan seharian yang kurang elok atau baik dari segi agama atau adat bangsa Melayu. Bukan perkara yang mudah untuk menyingkirkan dan membuang tabiat itu. Tetapi saya selalu beritahu diri, keburukan yang diamalkan dengan melampau bakal memusnahkan diri sendiri. Seperti api dalam sekam. Sebagai contoh mungkin ada perasaan jengkel atau sangka buruk dengan orang, saya selalu beritahu jangan dilampaukan perasaan itu. Satu lagi contoh, pembaziran duit untuk benda yang tidak perlu, jangan dilampaukan juga. Asalkan saya tidak melebihi aras yang boleh menyakitkan diri sendiri dan orang lain. Menjadi terlalu sempurna bukan perkara yang mudah. Bagi sesetengah orang mudah disebut tetapi realitinya tulang yang susah payah membanting.

No comments:

Post a Comment