Monday 15 August 2011

KEPADA MEREKA

Kepada mereka ,
Mereka pelajar yang telah di “bar” daripada menduduki peperiksaan akhir untuk subjek yang saya ajar iaitu subjek anatomy dan physiology. Bukan tujuan hendak merendahkan, menjatuhkan nilai dan sikap mereka sekadar mahu berkongsi.
Nasihat telah diberikan berulang kali.
                “kamu datang, jangan ponteng. Kalau asyik tak da dalam kelas macam mana nak belajar. Saya tak boleh nak call setiap pagi. Pergi naik rumah, kejut.”
Tetapi hasilnya hanya berbuih mulut saya sahaja yang bercakap. Tetapi tak apalah saya cuba lagi nasihat.
                “ kalau kamu masih dalam keadaan yang sama saya akan call parent kamu”
Hasilnya masih serupa. Kesusahan untuk bangun sendiri pada waktu pagi menyebabkan kelas saya sikit bertambah sikit. Mereka ini macam daun keladi yang dicurah air. Saya pun menunaikan janji saya. Seorang demi seorang penjaga mereka saya hubungi. Keprihatinan mereka terhadap anak masing-masing memang diakui. Janji untuk menasihati anak masing-masing berlegar di telinga saya. Saya pegang janji itu.
Hasilnya memang memberangsangkan. Mereka hadir. Tetapi semua itu hanya sementara. Ada seorang dua yang kelihatan kembali pada asal. Maka nasihat ini dilontarkan lagi.
“ Jam kehadiran kamu dah berada tahap kritikal ni. Kalau ikut hati saya dah dapat surat merah ni. Ini nasihat saya yang terakhir. Tolonglah jangan ponteng untuk kelas yang seterusnya. Sekali sahaja dah cukup untuk kamu kena bar.”
Nampak kata-kata itu umpama sampah yang dilontar jauh-jauh dari hidup seorang daripada mereka.
“ kamu kenapa tak datang” senyap sahaja tanpa menjawab soalan saya.
“ kamu tulisla surat beritahu kenapa tak datang, faham ke tak…. Saya nak esok”
“faham” ringkas dia menjawab.
Esoknya, lusanya dan hari yang seterusnya, tiada khabar tentang surat yang diminta. Maka inilah nasihat saya yang terakhir.
“ Saya dah cuba yang terdaya untuk tolong kamu. Nampak kamu memilih jalan yang susah untuk meneruskan kehidupan. Kamu ni umpama ada tangga kamu nak panjat dinding. Tak payahla tulis surat tu. Saya dah tak nak.” Saya terus tersenyum.
Saya harap dengan surat merah ini kamu sedar yang segala tindak-tanduk dan sikap akan ada kesannya. Kalau baik, baiklah hasil, kalau tidak, saya harap kamu sedar. Tiada niat dalam hati saya nak menyusahkan mereka.
Hari terakhir di dalam kelas Anatomy and Physiology. Pesanan saya cukup ringkas.
"Dalam hati saya tidak pernah ada rasa hendak menyakitkan atau menyusah kamu. Saya seikhlas memberi apa yang saya ada. Dan andai kata sesuatu yang saya ucapkan atau lakukan kepada kamu. Harap dimaafkan. Saya sentiasa mendoakan kamu mendapat yang terbaik dalam hidup kamu. Jadi manusia yang baik agar dapat melahirkan generasi yang baik"
Kelas hari yang hadir hanya enam orang. Moga mereka berjaya....

No comments:

Post a Comment